Monday 15 April 2013

Assalamualaikum, selamat pagi kepada semua warga Mukim Ulu Telom..diharapkan semua berada dalam keadaan ceria, sihat dan bersemangat meneruskan kerja-kerja seharian anda demi memajukan diri, keluarga, kampung dan negara tercinta.

Sempena dengan musim PRU ini saya mengucapkan selamat mengundi kepada mereka yang layak mengundi.  Semoga pilihan anda semua akan membawa kemajuan kepada negara amnya dan kepada Mukim Ulu Telom khasnya.

Dikesempatan ini juga saya ingin meminta kepada semua warga Mukim Ulu Telom agar sama-sama berkongsi pendapat dan pandangan untuk memajukan kampung anda.  Seandainya anda semua mempunyai aduan dan masalah, saya mengalu-alukan anda untuk berkongsi dengan saya.

Sekian, terima kasih.

Wednesday 12 December 2012

Kebakaran di Kampung Melayu MTD

Pada 7 Disember 2012 (Jumaat) telah berlaku kebakaran di Kampung Melayu MTD, Jalan Simpang Pulai, Kg Raja Cameron Highlands.

Kebakaran yang berlaku pada jam 9.30 pagi itu hanya melibatkan sebuah rumah dan memusnahkan sama sekali tersebut. Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa yang berlaku.


Monday 5 November 2012

Jamuan Bersama Penduduk Kg. Raja

Jamuan bersama penduduk Kg. Raja sempena program GSPS telah diadakan baru-baru Masjid Kg Raja. Majlis bermula sebaik selesai solat jumaat.